Tuesday, May 10, 2011

BORANG PENCALONAN MESYUARAT AGONG PIBG SMK KUNDASANG SESI 2011/2013


Sila klik mana-mana satu link berikut untuk download borang dan syarat-syarat penting pencalonan.

http://www.mediafire.com/?t175wy5dtnzeqzk

http://www.mediafire.com/file/t175wy5dtnzeqzk/Microsoft%20Word%20-%20BORANG%20PENCALONAN%20JAWATANKUASA%20PIBG%2020112013.pdf

Dengan segala hormatnya, tuan/puan dijemput untuk menghadiri mesyuarat Agong PIBG mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 21 Mei 2011 (Sabtu)
Masa : 7.30 Pagi
Tempat : Dewan SMK Kundasang

Untuk makluman tuan/puan, Ahli Jawatan Kuasa Pilihanraya Mesyuarat Agong telah membuat pembaharuan pemilihan kali ini iaitu dengan mengadakan pencalonan sebelum mesyuarat Agong PIBG. Jawatan-jawatan yang dipertandingkan ialah Yang Dipertua PIBG, Timbalan Yang Dipertua PIBG dan 15 Ahli Jawatankuasa Tertinggi.

Berikut adalah maklumat penting pelaksanaan pemilihan kali ini.

1. Tarikh akhir penghantaran borang pencalonan pada 18hb. Mei 2011 (Rabu) hendaklah dihantar ke Pejabat Pentadbiran SMK Kundasang.

2. Setiap pencalonan mestilah mempunyai pencadang dan penyokong serta nombor perhubungan. Calon-calon akan dihubungi untuk kesahihan pencalonan.

3. Pengundian akan dibuat pada tarikh mesyuarat Agong.

4. Pengiraan undi akan dijalankan selepas sahaja YDP Pengerusi PIBG 2009/2011 mengumumkan pembubaran AJK PIBG 2009/2011.

5. Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan En. Haili Salim (0198304026), En. Sabri Amat (0148627980), En. Yusak Gopog (0135558078), En. Al Zubir Rusinin (0138758700)

Kehadiran tuan / puan dalam perkara ini amat diharapkan dan dihargai.

Thursday, October 14, 2010

Mohon Maaf

Admin blog ini memohon maaf kerana lambat mengupdate blog ini. Bagaimanapun Admin akan berusaha untuk update blog ini dengan menyediakan link-link ke facebook untuk semua aktiviti sekolah supaya kita dapat kongsi bersama. Cara ini lebih mudah dan gambar-gambar banyak dikongsi.

1. 2 Oktober 2010 : XPDC Merentas Kinabalu Mesilou Timpohon

http://www.facebook.com/album.php?aid=2059543&id=1410641858&l=a40bf19a96



2. Sindex 2010 (25 - 26 September 2010) di UMS.

Sindex atau Pertandingan rekacipta peringkat Pantai Barat pada 25 Sept dan Peringkat Negeri 26 Sept. Dua kumpulan sekolah kita telah mendapat Johan peringkat Menengah Rendah dalam kategori berlainan dan tempat ketiga untuk peringkat negeri.

http://www.facebook.com/album.php?aid=2059122&id=1410641858&l=9a2ef92903

Mesyuarat PIBG

14 Oktober 2010 (Khamis) : Mesyuarat PIBG telah diadakan di bilik Gerakan SMK Kundasang pada pukul 9.00 pagi. Dipengerusikan oleh YBHG. Dr. Zakaria Mohd Ilyas, YDP PIBG SMK Kundasang.

Turut hadir ialah Pn. Hjh Hamimah Ariffin (Pengetua), En. Abdin (wakil polis), En. Yusak Gopog (PK Hem), En. Sabri Amat (Penyelia Petang), guru disiplin dan ahli-ahli PIBG yang lain.

Agenda mesyuarat ialah rutin meluluskan bayaran kutipan tambahan sesi kemasukan 2011, strategi kawalan disiplin pelajar dan hal-hal lain.

Thursday, July 1, 2010

HARI GURU SMK KUNDASANG 27 MEI 2010

1 Guru Ke Dewan Hari Guru SMK Kundasang 2010


1a Perasmian Hari Guru SMK Kundasang 2010


2 Kumpulan1 Hari Guru SMK Kundasang 2010


4 kumpulan3 Hari Guru SMK Kundasang 2010


5 kumpulan4 Hari Guru SMK Kundasang 2010


6 kumpulan world cup fever Hari Guru SMK Kundasang 2010


7 koir Hari Guru SMK Kundasang 2010


8 Anugerah utk Lahimin Hari Guru SMK Kundasang 2010


9 Guru Perempuan Hari Guru SMK Kundasang 2010


10 Guru Lelaki Hari Guru SMK Kundasang 2010


11 Anugerah khas guru Hari Guru SMK Kundasang 2010


12 Dikir Barat part1 Hari Guru SMK Kundasang 2010


13 Dikir Barat part2 Hari Guru SMK Kundasang 2010


HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN KEUSAHAWANAN SMK KUNDASANG 29 APRIL 2010

1 Pengadilan Gerai MAKP SMK Kundasang 2010


2 Pengadilan Gerai MAKP SMK Kundasang 2010


3 Ucapan Pengetua MAKP SMK Kundasang 2010


4 Ucapan Perasmi MAKP SMK Kundasang 2010


5 Penyampaian Sijil MAKP SMK Kundasang 2010


6 Persembahan Tarian MAKP SMK Kundasang 2010


7 Persembahan Koir MAKP SMK Kundasang 2010


Monday, April 19, 2010

Gotong Royong PIBG (17 April 2010)

17 April 2010 (Sabtu), PIBG telah menganjurkan gotong-royong memasang pagar lebih dekat dengan sekolah. Usaha ini diharapkan akan dapat mengelakkan gejala ponteng sekolah. Hadir sama ialah YDP PIBG iaitu Dr. Mohd Zakaria Ilyas, pengetua, PK1, PK Hem, Penyelia Petang, Pen. Penyelia Petang, guru-guru, ibu bapa dan pelajar asrama.

Gotong-royong termasuklah juga menanam bunga, membersihkan kawasan dan yang terpenting ialah memasang pagar.

Sarapan pagi dan makan tengahari (200 tapau) telah disediakan. Sarapan pagi telah ditempah dari Cikgu Rodziah berupa kuih-muih termasuklah kari pap dan nescafee.

Pemasangan pagar siap sepenuhnya pada pukul 2.00 petang. Gambar-gambar boleh dilihat melalui link berikut:-

http://www.facebook.com/album.php?aid=2035943&id=1410641858&l=a9095dc54a






Mesyuarat Penuh PIBG (10 April 2010)

10 April 2010 (Sabtu), Mesyuarat penuh PIBG telah diadakan di Bilik Gerakan, SMK Kundasang dipengerusikan oleh YDP PIBG iaitu Dr. Mohd Zakaria Ilyas.

Turut hadir ialah pengetua, Pn. Hjh. Hamimah Ariffin, PK Hem En. Yusak Gopog, para AJK Tertinggi dan guru-guru. Antara keputusan penting yang telah dicapai melalui mesyuarat ini ialah gotong royong pemasangan pagar yang akan diadakan pada 17 April 2010 (Sabtu).




There was an error in this gadget
 

blogger templates | Make Money Online